Friday, March 02, 2012

♥ Pau Kacang Merah


Assalamualaikum w.b.t,


Hari tu mimpi makan Pau Kacang Merah. Terus teringin. Sebelum ni tak suka sangat dengan Pau Kacang Merah, suka Pau Rendang Ayam. Semalam luang masa buat Pau Kacang Merah dengan mak. Ayah join, join makan. Buat pau tengah-tengah malam. Hihi..


Bahan-bahan yang diperlukan :

Tepung Pau
 Ibu Roti (Dry Yeast)
 Pelembut Roti
Garam
Gula
Air suam
 Minyak Sayuran
Inti Pau Kacang Merah (beli yang dah siap di kedai)




Cara-cara membuat Pau Kacang Merah

Bahan Pertama :
4 sudu makan Ibu Roti + 2 sudu makan Gula Kasar + Air suam secawan.
Biarkan seketika.
Bahan Kedua :
1 kg Tepung Pau +  6gram Garam + 1 sudu kecil Pelembut Roti
Masukkan bahan pertama ke dalam bahan kedua.
Tambah air dan gaul sehingga doh menjadi lembut.
Masukkan 2 sudu minyak sayuran
Tutup bahan tadi dengan kain, biarkan seketika. 
Dalam beberapa minit, doh akan naik sendiri.
Uli doh dan masukkan inti Kacang Pau Merah. Masukkan ke dalam pengukus.
Kukus 15-20 minit dengan api yang kuat.
Buat pau comel comel je, nanti pau tu kembang sendiri. Hikhik.


Tadaaaa!!!


First time try. Tak secomel yang dijual kat luar. Sobsss.
Happy tengok pau-pau ni mengembang. Hehe.. :)




Don't judge "a Pau" by its cover  :p  :p  :p

Dapat buat 26 biji pau je =')
Puas hati buat pau sendiri, boleh letak berapa banyak inti kte nak. 
Boleh je ganti inti pau dengan inti yang lain. Inti rendang ayam shedappp!
Petua buat pau : Sila senyum ye.. ^_^


Selamat mencuba.



P/s : Tahukah anda, ada satu tempat di France bernama PAU. Hihi ^_^




Sayonara.




9 comments ♥:

Hanis MY said...

yummy yummy yummy... nakkkk...

Ujie said...

wah..tutor yg bagus!
sbb akak blm penah buat sendiri..dgn mak ada la.

lisa said...

sedapnyaa..tp cm rumit je nak buat, hmm :(

Shidiey said...

Sedap2... hurm.. mengidam nak makan pau... =,="

Solihin Zubir said...

pau kacang merah adalah feveret sy sgt2... haha.. slalu beli pau nusantara..
pasni dh bleh wat sindri.. ada resepi dh.. ;-p

EyqaLuvender said...

kte suke makan pau!
sbb tu pipi kte tembam mcm pau....heee~
sodapnyo,nak 1...

khairunnisa ♥ said...

@hanis my : ^__^ hihi.. jom makan dengan nisa <3

@ujie : ^_^ hihi.. nisa pun buat dgn mak. mak jadi sifu.. :)

@lisa : senang je ni lisa.. ^__^

@shidiey : ^__^ eh, mengidam. ye la tuu.. nanti buat laa..

@solihin zubir : oh, fav awak ye.. :) okay, nanti try laa :P

@eyqalavender : I see ^__^ comel lah camtu.. hikhik.. :)

Yumida said...

kmk nang suka gilak2 inti redbean ya...best eh..mun ktk sudi berik kmk juak..haha

khairunnisa ♥ said...

@yumida : hikhik.. mek pun suka redbean daa.. InsyaAllah mun da bisnes ka.. ^_^