Ira duduk bersandar sambil tekun membaca sebuah buku pemberian ayahnya, "30 keistimewaan wanita". Ira membaca salah satu kisah yang menarik perhatiannya,
***
Kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W ingin mengahwini seorang wanita yang berjumpa dengan baginda.
Rasulullah bertanya "Apakah kamu mempunyai sesuatu?."
Lelaki tersebut menjawab "Wahai Rasulullah, demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa."
Baginda berkata lagi, "Pergilah kepada keluargamu dan lihatlah mungkin kamu boleh mendapatkan sesuatu?."
Sahabat itu pergi dan kembali seraya mengatakan, "Demi Allah aku tidak mendapatkan apa-apa di sana."
Kemudian baginda bersabda lagi, "Carilah meskipun hanya sebentuk cincin dari besi!."
Kemudian dia kembali lagi dan berkata, "Ya Rasulullah, demi Allah, aku tidak mendapatkan apa-apa meskipun hanya sebentuk cincin dari besi, tetapi aku hanya mempunyai kain ini". Sahal berkata: "Orang itu mempunyai selendang untuk diberikan setengahnya kepada wanita itu."
Rasulullah S.A.W bertanya, "Apa yang akan aku perbuat dengan kainmu itu. Jika kamu pakai, maka dia (wanita itu) tidak akan mendapatkannya, dan jika dia memakainya maka kamu tidak akan mendapatkannya."
Orang itu duduk, setelah beberapa saat dia pun berdiri, dan Rasulullah melihatnya sedang berpaling, lalu memerintahkannya agar memanggilnya. Ketika dia datang baginda bertanya: "Surah apa yang kamu hafal dari Al-Quran?"
"Aku hafal surah ini dan itu," Jawab pemuda tadi.
Maka baginda bertanya: "Apakah engkau boleh membacakan surah itu di hadapannya dengan hafalanmu itu?"
Dia pun menjawab: "Boleh."
Akhirnya Rasulullah bersabda: Pergilah, sesungguhnya aku telah menjadikan wanita itu sebagai milikmu dengan ayat-ayat al-Quran yang ada padamu." [HR Muttafaqun 'alaih]
***
Ira tersenyum dan segera mengambil wudhu' pabila sedar sudah pun masuk waktu Zuhur. Pekerja-pekerja lain sudah memenuhi ruang surau. Selesai solat, Ira kembali bekerja dan mengemaskini fail-fail preskripsi pesakit sambil ditemani Sofia.
Sofia : Ira, kau dah makan tengahari tadi?
Ira : Dah tadi. Makan nasi, ayam masak kunyit, sayur campur. Sedap taw Fia.
Sofia : Yang peliknya, tak nampak pun kau kat cafeteria tadi?
Ira : Aku bawa bekal la. Makan kat pantry dengan staf lain. Kau mana ada masa nak rehat dengan aku kan? (usik Ira, masa rehat dia dan Sofia tak sama disebabkan jadual yang telah diatur)
Sofia : Aik, ke situ pulak. Aku tak rajin la macam kau buat bekal pagi-pagi.
Ira : Puan Fia yang comel, aku tak buat la bekal pagi tadi. Muhammad sediakan. Aku cakap nak tolong, dia tak bagi pun.
Ira menyusun fail-fail tadi di atas almari yang sudah siap berlabel.
Ira menyusun fail-fail tadi di atas almari yang sudah siap berlabel.
Sofia : Untungla kau Ira, nanti aku nak join la bawa bekal macam kau. Boleh rasa masakan kau dan Muhammad juga kan?
Ira : Oke boss, no problem! (Ira senyum)
Sebelah petang, Muhammad sudah setia menunggu. Apabila kereta sudah sampai di hadapan pintu masuk utama, Ira dengan cepatnya masuk ke dalam kereta. Sebab, tak nak kereta di belakang tu tunggu lama-lama. Mungkin ada di antara mereka yang menghantar pesakit.
Ira memberi salam apabila sudah selesa di tempat duduknya. Muhammad senyum melihat gelagat isterinya.
Ira : Assalamualaikum abang.
Ira : Assalamualaikum abang.
Muhammad : Waalaikumussalam sayang.
Ira : Lama tak abang tunggu Ira tadi?
Muhammad : Tak lama dan tak cepat, abang dah biasa Ira keluar pukul berapa. So, don't worry ye Puan Ira.
Ira berasa lega. Suaminya seorang cikgu di sebuah sekolah menengah tidak jauh dari rumahnya. Suaminya akan balik ke rumah sebelah tengahari dan mengambilnya sebelah petang. Ira duduk diam sepanjang perjalanan dan sekali-sekala memandang ke arah luar. Muhammad memandang isterinya yang kelihatan letih..
Muhammad : Sayang nak makan pe malam ni? Abang boleh tolong masak kan.
Ira : Malam ni biar Ira yang masak k. Abang dah masak pagi tadi. Malam ni turn Ira pula taw.
Muhammad : Abang boleh tolong buatkan la. Kita masak sama-sama k?
Pujuk suaminya. Muhammad seorang yang rajin membantu isterinya. Kadang-kadang, isterinya juga membantu menyemak buku pelajar sekolahnya. Bab beri komen tu Ira paling expert.
Pujuk suaminya. Muhammad seorang yang rajin membantu isterinya. Kadang-kadang, isterinya juga membantu menyemak buku pelajar sekolahnya. Bab beri komen tu Ira paling expert.
Ira : Okay. Okay. Abang boleh tolong. Tolong duduk and tunggu sayang masak.
Muhammad sudah biasa dengan perangai isterinya yang suka buat kerja rumah sendiri. Isterinya tidak pernah merungut. Muhammad memandang isterinya dan menjawab dengan lembut dan penuh dengan senyuman..
Muhammad sudah biasa dengan perangai isterinya yang suka buat kerja rumah sendiri. Isterinya tidak pernah merungut. Muhammad memandang isterinya dan menjawab dengan lembut dan penuh dengan senyuman..
Muhammad : Okay my lady, sedia berkhidmat. Sayang, mana jam tangan?
Ira melihat tangan kanannya, baru sedar tidak memakai jam putih nya. Sudah menjadi kebiasaan apabila membuat persediaan ubat atau mengambil wudhu'..Ira akan menanggalkan jam tangannya.
Ira : Ira letak dalam beg Ira. Don't worry ye Encik Suami (Ira mengajuk kata-kata suaminya sebelum ni..hehe)
Ira : Ira letak dalam beg Ira. Don't worry ye Encik Suami (Ira mengajuk kata-kata suaminya sebelum ni..hehe)
Selesai solat dan mengaji bersama suaminya, Ira teringat pula jam tangannya. Ira cari di dalam beg dan uniform kerjanya tapi tak jumpa pun. Risau akan jam tangan kesayangannya tu. Ira terus turun dan memasak.
Time makan pula,
Muhammad : Sayang, kenapa senyap. Ada masalah ke?
Ira : Ada. Ada. Ira ingin makan pau kacang merah. (sambil senyum)
Muhammad : Aik, mana pula abang nak cari pau kacang merah malam-malam camni.
Ira : Abang, Ira gurau la. Malam tadi Ira mimpi pau kacang merah, Ira tak berapa suka kacang merah ni tapi pagi tadi tiba-tiba teringin.
Muhammad : Macam-macam sayang ni. Nanti abang tolong belikan.
Ira : Eh, tak pe. Hujung minggu nanti kita buat pau sama-sama ye. Ira prefer buat sendiri than beli. Boleh buat pau besar & comel-comel kan.
Muhammad : Okay madam, abang dah sedia dah nak tolong. Tolong makan pau tu semua.
Ira : Siapa ingin makan sebenarnya ni? (Ira senyum)
Ira masih risau dengan jam tangannya. Mungkin terlupa di pejabat. Pujuk diri sendiri. Malam tu, Ira tak boleh tidur. Sanggup cari jam tangan tu dalam kereta. Bila dah letih mencari, Ira duduk di katil nya dan dia rasa nak menangis je malam tu. Muhammad sudah pun tidur.
Ira menulis sesuatu di dalam diarinya, tu tempat luah perasaaan dia. Dia akan tulis macam-macam. Sebut je apa yang dia nak makan, dia nak pi mana, jadual perlawanan football ke..semua dia tulis di dalam diari.
"12.30am - Ira tak boleh tidur. Jam tangan seramik putih tu hilang. Ira dah cari dah dalam beg, poket baju, kereta tapi Ira tak jumpa pun. Tu jam kesayangan Ira. Muhammad yang hadiahkan. Sedihnya. Dah takde selera nak makan pau kacang merah. Mana Ira nak cari jam tangan tu. Sobss."
Sempat lagi fikir Pau Kacang Merah time sedih-sedih. Ira letak diarinya di atas meja kecil dan dia tidur juga malam tu sebab keesokkan harinya Medical Day. Pasti ramai pesakit akan mengambil ubat.
Keesokkan harinya, Ira sangat sibuk di farmasi. Tak sempat breakfast di pantry, pesakit makin ramai. Bila dah tengahari tu, pesakit dah mulai kurang.
Sofia : (sambil makan popia) Wahai Puteri Ira, kenapa senyap je ni.. sihat tak?
Ira : Fiaaaaaaaaaaaaa.. aku nak tanya ni..
Sofia : Sejak bila nama aku panjang harakatnya ni.. sila kan, aku boleh je jawab.. nape Ira?
Ira : Kau ada nampak tak jam tangan aku kat dalam pejabat semalam? Alaa, jam tangan putih aku selalu pakai tu..
Sofia : Jam tangan? Takde pun Ira.. nape Ira? hilang ke?
Ira : Ye, hilang since semalam.
Sofia : Aik, kau dah cari betul-betul tak?
Ira : Dah cari daaa tapi tak jumpa la fia..
Sofia : Kalau aku jumpa, aku beritau la kau nanti ye. Dah, jangan sedih. Jom join aku habiskan popia ni.
Ira : Thanks taw. Harap sangat jumpa jam tu.
Sofia faham sangat dengan kawannya. Jam tu memang Ira selalu pakai dan dia pernah tegur sejak hari pertama Ira bekerja sama department dengannya.
Balik rumah petang tu seperti biasa, Ira masuk ke rumah. Walaupun senyum, dia sangat sedih sebab dia tak jumpa lagi jam dia tu. Ira nampak sesuatu..
Ira : Abang, bila abang belikan pau ni?
Muhammad : Tadi, semalam Ira cakap Ira nak Pau Kacang Merah kan? Ira makan la.
Ira : Alhamdulillah, dapat gak makan Pau Kacang Merah ni. Pau ni ada yang kecik ada yang besar, takpe takpe. Syukur, makan je laa. (baca doa makan..)
Muhammad senyum melihat isterinya.
***
Malam tu, Ira tak dapat tidur dengan lena. Terbangun pukul 2pagi. Masih terfikirkan mana hilangnya jam tangan tu. Bimbang suaminya akan bertanya lagi. Ira mencari diari. Pelik.. Terdapat tulisan lain di dalam diari dia tu..
"Assalamualaikum, Sedap tak pau kacang merah tadi? Abang cuba buat. Abg pinjam pengukus dari Mak Cik Nab, rumah sebelah. Resepi pau tu, abang call mama Ira. Sementara tunggu Ira balik tu, abang buat pau, sebab tu saiz pau tak ikut piawaian antarabangsa. First time abang buat pau ni.
Abang tulis dalam diari Ira, sebab Ira tak tutup pun diari Ira ni semalam. So, abang free-free boleh baca kisah sedih orang tu tak jumpa jam. Sedih sedih pun masih ingat pau ye? Ira tak perlu la sedih kerana jam tangan yang abang hadiahkan tu hilang. Lepas ni kita beli yang baru k?
Masa tunggu Ira dalam kereta petang tadi, Sofia bagi sesuatu kat abang. Dia macam nak cepat balik semalam. Abang dah letakkan dalam laci meja. Nanti Ira tengok la ye?
Kasih sayang takkan berubah kerana seutas jam tangan. Selamat malam Isteri." - Suamimu, Muhammad.
Ira bangun dari katil dan pergi buka laci, dalam tu ada sebuah beg mini kesayangan dia. Ira teringat, dia selalu buka jam tangan dan simpan di dalam beg mini tu. Ira gembira sangat malam tu, tapi dia tak bangunkan suami dia. Ira menulis sesuatu dia atas kertas dan di selitkan di dalam buku catatan suami nya.
Hari seterusnya, Ira mulakan hari dengan senyuman dan syukur pada Allah S.W.T,
Ira : Assalamualaikum Puan Sofia,
Sofia : Waalaikumussalam Puan Ira..
Ira : Terima kasih sebab jumpa jam tangan aku semalam..
Sofia : Sebenarnya bukan aku yang jumpa.. Salah seorang staf X-Ray terjumpa beg mini kau ni di surau.. Nasib baik ada keychain dan nama kau sekali kat beg tu. Dia hantar petang semalam. Aku nak bagi tapi masa tu kau takde. Aku bagi kat Muhammad..
Ira : Alhamdulillah.. takpe, aku tetap nak berterima kasih dengan kau dan staf tu juga..
Sofia : Lepas ni senyum je tau.. jangan sedih-sedih.. Ira senyum, bayi dalam kandungan pun happy taw..
Ira : InsyaAllah Sofia.. (senyum seharian..hehe.)
Muhammad membaca sesuatu,
"Assalamualaikum Encik Muhammad, terima kasih sebab sediakan pau kacang merah semalam untuk Ira. Walaupun saiz pau tu besar kecik besar kecik, takkan ubah kasih sayang Ira pada Muhammad juga. Semalam, Ira dah jumpa jam tangan Ira. Alhamdulillah.. Alhamdulillah, syukur pada DIA. Walaupun kasih sayang takkan berubah, tu kesayangan Ira sejak awal perkahwinan kita lagi. Jam tangan tu buat Ira hargai masa dalam hidup ni. Jangan lupa ambil Ira petang ni ye. Rasa nak makan Pai Epal pula. Hehe. Assalamualaikum abg" - Isterimu, Humaira.
Muhammad tersenyum. Dia membaca surah hafalan al-Quran untuk memiliki Humaira semasa perkahwinannya dahulu. Alhamdulillah dengan segala pemberian Allah S.W.T ke atasnya. Moga ia kekal sehingga ke syurga.
"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."
[Ar-Ra'd 13:26]
"Nikah (marriage) is the strongest of bonds, in which Allah S.W.T unites the two Muslim partners, who come together on the basis of love, understanding, co-operation and mutual advice and establish a Muslim family in which children will live and grow up, and they will develop the good character and behavior taught by Islam. InsyaAllah."-Anonymous =)
written by : Silenceaneesa @ Teratak 3297 (22/02/12)
Sayonara.

10 comments ♥:
Macam nak nikah jak ktk tok.. hihi..
owh bestnya entri ni... menusuk ke kalbu... rabu rabu....
Sweet :)
Barakallah fiik.. thanks untuk buah tangan yg baru ni... Sweet & simple.. walaupun xda part yg meruntun jiwa, tapi bg yg hidupnya persis dgn cerita ni pasti sudah tersenyum lebar sewaktu membacanya, tak gitu cik Khairunnisa?
hehe... Assalamu'alaikum wbt...
Ayo..yo...penuh makna oooooo....den nak tunggu wife den teringin makan puding...leh den buatkan....ahakz...sebab den taw buat puding jerk...ahakz
awak tulis ke, nisa? =)
kesukaan dia la tu, pai epal.. :)
i want to kawin.. hhuhu
jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/jahil-dunia-jahil-agama.html
jika hubungan berlandaskan islam dan di sulami dengan kasih sayang dan saling bantu membantu... InsyaALLAH akan bahagia selamanya
@amir fx : hikhik.. kurang asam.. lamak gik aie =)
@hanis my : arigato sebab baca.. rabu rabuuuu ye kak hanis ^^
@nuru : arigato baca ^^
@shidiey : huahua.. sama sama.. tak try lagi yang meruntun jiwa.. iye, senyum je time tulis cte ni ^^ Waalaikumussalam w.b.t.
@jebateja : hee.. mesti one day nanti isteri hang nak gak.. hang kan pandai wat puding ^^
@FataMorgana : iye fatin, nisa tulis ^^
@lan bingka : tau takpe.. hee.. my fav ^^
@L : Waaa @_@ hee.. ^^
@munna : betul tu kak Munna.. Love unites people.. InsyaAllah.. ^^
Post a Comment